JAWATAN KOSONG Pekerja Sambilan Harian (PSH) Pembantu Projek SEN29 SEAMEO SEN

SEAMEO SEN ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan Pekerja Sambilan Harian (PSH) di SEAMEO SEN bagi jawatan seperti berikut:-

Jawatan                                 : Pembantu Projek Gred SEN29

Bil. Kekosongan                  : 1

Klasifikasi Perkhidmatan   : Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Kadar Upah                           : RM 72.00/ Hari

Tempoh                                 : Maksimum 6 Bulan (3 Bulan + 3 Bulan)

SYARAT LANTIKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan mempunyai kelayakan berikut;
  3. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Calon yang mempunyai kelayakan akademik dalam Diploma Teknologi Maklumat / Sains Komputer adalah satu kelebihan)
  4. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik;
  5. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan dalam menyelesaikan tugasan yang diarahkan mengikut garis masa kerja yang ditetapkan;
  6. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan;
  7. Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima;
  8. Komited dalam tugas yang akan diberikan;

DESKRIPSI TUGAS:

Membantu Research Associate dalam melaksanakan pengurusan penyediaan bahan penerbitan (dalam talian dan hardcopy) mengikut garis masa ditetapkan:

  1. Membuat formatting dan editing artikel
  2. Merekod maklumat penulis dan artikel ke dalam sistem
  3. Memuat naik Artikel dalam laman sesawang
  4. Membuat formatting, editing dan penyusunan artikel ke dalam buku

Tempoh Perkhidmatan       : 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2022

Klasifikasi Perkhidmatan   : Pekerja Sambilan Harian (PSH)

CARA MEMOHON:

Calon yang berminat, sila kemukakan Surat permohonan, Curriculum Vitae (CV) dan salinan Sijil Akademik anda kepada Bahagian Penyelidikan dan Inovasi SEAMEO SEN melalui pautan https://link.seameosen.org/pshprojectss

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 14 JUN 2022

Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan, adalah dianggap TIDAK BERJAYA

PERTANYAAN

Sebarang permasalahan atau persoalan berhubung iklan ini bolehlah diajukan kepada pegawai berikut:

  1. Mohd Zulkarnain Abdul Wahab

No Tel        : 012-9700166

Emel          : zulkarnain@seameosen.edu.my

2. Mohd Anis Abdul Razak

No Tel        : 011-18763884

Emel          : mohd.anis@seameosen.edu.my

Nota: Pelajar Universiti yang akan menjalani Latihan Industri juga layak memohon berdasarkan tempoh perkhidmatan yang dinyatakan di atas.   


Posted

in

by

Tags: