Sarjana Pendidikan (PENDIDIKAN KHAS) – ambilan Mac 2016

PENGUMUMAN, 6 Oktober 2015.

SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS), ambilan Mac 2016, kumpulan ke-3.

Pengumuman kepada semua yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas) ambilan Mac 2016, Program Eksekutif kerjasama SEAMEO SEN dan Pusat Kembangan Pendidikan (PKP), UKM.

Untuk makluman, terdapat 2 kumpulan (38 pelajar) yang sedang menjalankan pengajian untuk program yang sama di SEAMEO SEN, iaitu ambilan Mac 2014 dan ambilan Mac 2015.

Butiran:
Mod Pengajian: Kerja Kursus, Separuh Masa
Kelayakan Asas: Ijazah daripada Universiti Awam dan Swasta yang diperakui oleh UKM. Tertakhluk kepada syarat-syarat yang akan dikemukakan UKM semasa permohonan.
Tempoh: 4 semester (2 tahun)
Kuliah: Jumaat (malam) dan Sabtu sahaja sepanjang semester
Tempat: Kuliah akan diadakan di SEAMEO SEN d/a IPGK Perempuan Melayu, Melaka
Penginapan: Kemudahan penginapan terdapat di SEAMEO SEN
Permohonan:Permohonan untuk ambilan Mac 2016 dijangkakan akan dibuka pada pertengahan November atau awal Disember 2015 melalui atas talian di laman web PKP, UKM.
Yuran Pengajian: Persendirian

Bagi yang ingin mengikuti kelas di SEAMEO SEN, Melaka, selain memohon di atas talian, satu salinan permohonan mestilah dicetak dan diserahkan kepada pejabat SEAMEO SEN sebelum tarikh tutup permohonan.

SEAMEO SEN akan membuat hebahan makluman sejurus permohonan dibuka. Bagi yang berminat boleh emelkan butiran diri anda (Nama, No. K/P, Alamat, No. Tel, Emel) kepada nurul.atiqah@seameosen.org dan zulkarnain@seameosen.org

Terima kasih.
SEAMEO Regional Centre for Special Education, Melaka, Malaysia
http://www.seameosen.org
http://www.facebook.com/seameosen


Posted

in

by

Tags: